Collector
Penjawat awam isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang | Collector
Penjawat awam isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang
Sinar Harian

Penjawat awam isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang

KUNAK - Seorang wanita berstatus isteri orang antara individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di daerah ini pada Ahad.Serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu dibuat selepas pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kunak menerima maklumat awam berhubung kegiatan tidak bermoral di rumah sewa berkenaaan.Susulan daripada siasatan membawa kepada penahanan seorang penjawat awam bersama lelaki bujang di rumah sewa tersebut.JHEAINS dalam kenyataannya berkata, tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang syariah yang berkuat kuasa."JHEAINS mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga batas pergaulan, mematuhi tuntutan syariat Islam serta mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada kesalahan jenayah syariah."JHEAINS Kunak juga menyeru masyarakat agar bersama-sama memainkan peranan dalam usaha mencegah kemungkaran dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa melalui talian 089-851746 atau hadir terus ke Pejabat JHEAINS Kunak," kata kenyataan tersebut pada Isnin.Dalam pada itu, JHEAINS menegaskan bahawa kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting bagi memastikan kesejahteraan serta keharmonian sosial terus terpelihara.

Go to News Site