Collector
27 rumah musnah dalam kebakaran melibatkan 130 mangsa di Kampung Cina | Collector
27 rumah musnah dalam kebakaran melibatkan 130 mangsa di Kampung Cina
Sinar Harian

27 rumah musnah dalam kebakaran melibatkan 130 mangsa di Kampung Cina

KOTA BHARU – Sebanyak 27 rumah kediaman jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran melibatkan 130 mangsa yang berlaku di Kampung Cina di sini pada tengah hari Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 12.34 tengah hari itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.Terdahulu laporan awal mendakwa sebanyak 10 rumah musnah.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Shafei berkata, hasil pemeriksaan mendapati jumlah keseluruhan kediaman yang terlibat ialah 27 buah daripada 45 rumah."18 rumah terselamat daripada hangus," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Datuk Dr Izani Husin berkata, seramai 130 mangsa telah terlibat dalam musibah berkenaan."Saya terus turun meninjau lokasi kejadian dan bertemu sendiri dengan mangsa-mangsa yang terlibat."Bagi membantu meringankan beban mangsa, kita membuka Tabung Kecemasan Kebakaran Gok Kapur dengan kadar segera," katanya.Beliau menyeru kepada semua yang berkemampuan agar sama-sama menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

Go to News Site