Sinar Harian
TUMPAT - Seorang instruktur atau guru sekolah memandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan terhadap seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun Mei lalu.Tertuduh, Mohamad Azwani Husin, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bangkitan marah dengan menyatakan ayat "gerei la, kalau nak tiyok, tiyok kat peha saya" kepada mangsa.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Akademi Memandu SKMS Berangan pada jam 10 pagi, 23 Mei lalu.Perbuatan tersebut didakwa boleh menyebabkan berlakunya kesalahan merusuh.Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 153 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshalizawati Muhammad.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin.Mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Go to News Site