Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Kemalangan ngeri yang meragut enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal meninggalkan kesan mendalam buat seorang wanita, Siti Nur Atikah Ahmad Shukri, 40.Dia bukan sahaja kehilangan anak lelakinya, Iskandar Arfan Ibrahim, 7, tetapi juga ibu, Nora Mhd Husin, 55, dua adik, Ahmad Shafiq, 29 dan Ahmad Fahim, 21, serta isteri Ahmad Shafiq iaitu Jamaliah Sannusi, 29, serta anak mereka, Ahmad Mikail berusia dua bulan.Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera iaitu anak Ahmad Shafiq iaitu Aulia Sofea, 3, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.Menurut Siti Nur Atikah, sebagai kakak sulung, dia reda dengan tragedi itu walaupun pernah merasai peritnya kehilangan bapa, Ahmad Shukri Osman pada 2 Februari 2024.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga maut nahas: Jenazah selesai bedah siasat, dibawa ke Masjid Al AbidiEnam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah"Sekelip mata saya hilang anak, ibu dan dua adik serta anak buah yang kesemua kami amat rapat dan sering berhubungan walaupun sering berjumpa."Semalam mereka dalam perjalanan menziarahi kubur arwah ayah di sini dan tak sangka hari ini mereka turut dikebumikan di sini tidak jauh dari kubur ayah," katanya.Siti Nur Atikah ditemui selepas selesai pengebumian ibu, dua adik, ipar dan anak saudaranya di Masjid Al-Abidi, Merbok di sini pada Isnin.Kesemua lima ahli keluarga itu dikebumikan dalam satu liang lahad.Terdahulu, anaknya, Iskandar Arfan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga di Pulau Pinang pada awal pagi Isnin.Menurutnya, perasaan tidak sedap hati sejak beberapa bulan lalu seolah-olah berasakan bakal kehilangan anaknya dalam kemalangan jalan raya, menjadi kenyataan."Arwah suka bercakap dan bergurau serta manja dengan semua orang. Masa sambut ulang tahun kelahiran ayahnya, dia paling seronok," katanya.Kesemua mangsa yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 bertembung dengan sebuah lori muatan tanah di lokasi kejadian.Siti Nur Atikah menambah, perasaan kehilangan ramai ahli keluarga dalam sekelip mata sukar digambarkan."Saya tak tahu nak cakap apa lagi kerana dalam sekelip mata, saya hilang ibu, anak, dua adik dan anak saudara. Perasaan ini terlalu sukar untuk saya gambarkan. Hari ini daripada enam orang (adik beradik), tinggal empat orang sahaja."Ibu dah tak ada, ayah pun dah lama meninggal dunia, sekarang anak pula tiada. Nikmat kekeluargaan itu hilang begitu sahaja," ujarnya sebak.Sementara itu, suaminya, Ibrahim Ghazali, 39, berkata, anaknya itu pergi meninggalkannya pada hari lahirnya."Anak saya itu berkali-kali menyanyikan lagu selamat hari lahir. Hari lahir saya jatuh semalam tapi mereka sambut pada Jumaat lalu dan saya masih ingat bagaimana anak serahkan jam tangan yang dibeli isteri sebagai hadiah ulang tahun itu," katanya.
Go to News Site