Collector
Pertahan pelarian bukan sokong secara membuta tuli - ABIM | Collector
Pertahan pelarian bukan sokong secara membuta tuli - ABIM
Sinar Harian

Pertahan pelarian bukan sokong secara membuta tuli - ABIM

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan pendiriannya mempertahankan komuniti pelarian, termasuk Rohingya, bukan bermaksud menyokong mereka secara membuta tuli, sebaliknya berasaskan prinsip kemanusiaan, keadilan, kedaulatan undang-undang dan keharmonian sosial.Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata ABIM tidak pernah menafikan kemungkinan wujud masalah dalam kalangan komuniti pelarian, namun sebarang kesalahan perlu ditangani mengikut lunas undang-undang dan bukannya melalui generalisasi terhadap keseluruhan kelompok."Kita mempertahankan mereka dari segi dasar prinsip kemanusiaan dan prinsip keadilan. Pada masa yang sama, kita juga melihat kepada isu-isu berkaitan rule of law dan juga keharmonian sosial."Apabila kita membincangkan mengenai isu Rohingya pada hari ini, ia bukan bermakna ABIM menafikan sebarang masalah yang mungkin timbul dalam kalangan komuniti pelarian itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Go to News Site