Collector
Kebakaran di Kampung Cina tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat - Polis Kelantan | Collector
Kebakaran di Kampung Cina tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat - Polis Kelantan
Sinar Harian

Kebakaran di Kampung Cina tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat - Polis Kelantan

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan kebakaran besar yang memusnahkan 27 buah rumah di Kampung Cina, Gok Kapur di sini pada Isnin tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal yang dijalankan setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara berkaitan.Menurut beliau, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan oleh pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran."Kebakaran melibatkan 27 buah rumah separuh kayu dan separuh batu dalam kawasan seluas kira-kira 2.43 hektar dengan tahap kemusnahan yang berbeza-beza."Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan dan sedang dalam proses penilaian oleh pihak berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ujar beliau, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah hari.Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, asap dan api mula dikesan sekitar jam 12 tengah hari sebelum merebak dengan pantas disebabkan kedudukan rumah yang berhampiran antara satu sama lain.Tambah beliau, pasukan JBPM yang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.34 tengah hari tiba di lokasi enam minit kemudian sebelum berjaya mengawal serta memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.30 petang."Operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Kota Bharu dan Tunjong serta pasukan bomba sukarela dengan kekuatan keseluruhan 38 pegawai dan anggota."Mereka dibantu empat jentera bomba, dua jentera tangki air, lima motosikal bomba dan sebuah van Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS)," katanya.Mohd Yusoff memberitahu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemadaman serta menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan kebakaran di kediaman masing-masing."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.

Go to News Site