Collector
Giriş Yap
Jaslinda berpusing-pusing di kawasan pencarian SAR - Bomba | Collector
Jaslinda berpusing-pusing di kawasan pencarian SAR - Bomba

Jaslinda berpusing-pusing di kawasan pencarian SAR - Bomba

TAPAH – Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu dipercayai berulang kali bergerak dalam kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang tempoh kehilangannya sebelum ditemukan selamat pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jaslinda Saludin, 49, wanita itu berpusing-pusing di kawasan pencarian termasuk turun ke sungai sebelum kembali semula ke kawasan tinggi."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba"Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Menurut beliau, Jaslinda dilaporkan berada di sekitar kawasan Gunung Rayu dan Bukit Berapit sepanjang tempoh kehilangan tersebut.Katanya, mangsa akhirnya berjaya keluar selepas dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum bertemu seorang pemancing yang membantunya menuju ke penempatan Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh."Penduduk kampung kemudian membawanya ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira pukul 8 malam," katanya.Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa keluar menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada pukul 9.20 malam.Sabarodzi turut memaklumkan Jaslinda bertahan hidup dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di dalam hutan sepanjang 14 hari kehilangannya."Dia memaklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bergantung kepada air embun serta air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati keadaan Jaslinda stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan termasuk kesan gigitan serangga serta luka kecil di bahagian kepala akibat terjatuh.Katanya, mangsa dipercayai terjatuh beberapa kali termasuk ketika melalui kawasan sungai dalam usaha mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Go to News Site