Collector
Kes terowong Pulau Pinang: Saksi tidak tahu ‘ada tangan’ letak syarikat lain dalam tender | Collector
Kes terowong Pulau Pinang: Saksi tidak tahu ‘ada tangan’ letak syarikat lain dalam tender
Sinar Harian

Kes terowong Pulau Pinang: Saksi tidak tahu ‘ada tangan’ letak syarikat lain dalam tender

KUALA LUMPUR – Pegawai penyiasat kes rasuah projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bahawa beliau tidak mengetahui dakwaan Pengarah Syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mempunyai kaitan dengan syarikat VST Cemerlang.Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli berkata turut mengakui tidak menyiasat hubungan antara Zarul Ahmad dan syarikat berkenaan yang dikatakan menyertai proses tender terbuka projek tersebut.Ketika disoal balas peguam, Haijan Omar yang mewakili Guan Eng dalam prosiding di hadapan Hakim, Azura Alwi, saksi pendakwaan ke-38 itu berkata, tidak mengetahui sama ada Pengarah itu mempunyai kaitan dengan VST Cemerlang.Beliau juga tidak dimaklumkan mengenai tujuan syarikat tersebut turut serta dalam tender terbuka berkenaan kerana siasatan hanya dibuat berdasarkan aduan yang diterima.Haijan kemudian mencadangkan bahawa Zarul Ahmad mempunyai peranan dalam meletakkan VST Cemerlang sebagai pembida bagi projek berkenaan, namun saksi berulang kali menyatakan beliau tidak pasti mengenai dakwaan tersebut.Menurut Zulhilmi, perkara yang diketahuinya ialah, Zarul Ahmad mempunyai kaitan dengan CZBUCG dan bukan VST Cemerlang.Peguam: Adakah tuan tahu bahawa, Zarul Ahmad 'ada tangan' dengan meletakkan VST Cemerlang, yang mana ia mempunyau kaitan untuk membida dalam projek tersebut?Zulhilmi: Saya tidak tahu.Peguam: Tuan tidak siasat kaitan antara Zarul Ahmad dengan VST Cemerlang?Zulhilmi: Betul.Peguam: Ini kali pertama tuan dengar mengenai perkara berkenaan, dalam mahkamah ini?Zulhilmi: Ya.Peguam: Tuan tak siasat kenapa atau sebab Zarul Ahmad buat demian, dalam siasatan?Zulhilmi: Ya.Bagaimanapun, Zulhilmi tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa aspek berkenaan merupakan perkara penting yang telah diabaikan dalam siasatan.Semasa soal balas diteruskan, saksi turut bersetuju bahawa berdasarkan dokumen yang dirujuk, VST Cemerlang dan CZBUCG merupakan antara syarikat yang memperoleh markah tertinggi dalam proses penilaian tender projek berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 66, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik bagi melaksanakan projek itu, bernilai RM6,341,383,702.Kesalahan didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri negeri itu.Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul, sebagai upah bagi projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.Pemimpin itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri itu, bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek sama, di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 dan 24 Julai depan.

Go to News Site