Collector
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM | Collector
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM
Sinar Harian

Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya."Jadi kita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, harus memberikan nasihat terutamanya (mengenai) orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem Raja ini bukan saja namanya tetapi kemuliaannya dan beberapa kaedah serta peraturannya sebab itu bagi kita tetap pertahankan kedudukan dan kemuliaan dan kedaulatan Raja."Kalau kita ikut sekarang susur galur setakat ini, kita tetap bekerja dan mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz. (Saya) mohon supaya apa-apa pandangan yang lain dibuat mengikut jalur yang sah mengikut perlembagaan tanpa menimbulkan keresahan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Puchong dekat sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUPerdana Menteri berkata demikian mengulas laporan media mengenai pertabalan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka hari ini.AKAN MENYUSUL

Go to News Site