Sinar Harian
TAPAH – Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, menunjukkan perkembangan positif apabila dilaporkan semakin bertenaga dan ceria ketika menerima rawatan di Hospital Tapah.Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim berkata, keadaan Jaslinda kini stabil meskipun mengalami beberapa kecederaan akibat berada terlalu lama di dalam hutan.Menurutnya, perkembangan kesihatan Jaslinda menunjukkan peningkatan ketara berbanding ketika mula dibawa ke hospital berkenaan.**pullquote**"Mengikut kata Jaslinda sendiri, beliau sangat gembira dapat melihat ramai orang yang bertanyakan khabar selepas dua minggu tidak bercakap dengan sesiapa," katanya kepada pemberita pada Ahad.Dr Wan Immi, Jaslinda menerima rawatan sebaik tiba di hospital pada jam 9.26 malam Jumaat dan masih memerlukan pemantauan serta pemeriksaan rapi."Beliau stabil tetapi mengalami beberapa kecederaan termasuk luka-luka pada badan serta kecederaan di bahagian kaki."Bagaimanapun, kecederaan tersebut tidak memerlukan pembedahan buat masa ini dan keadaan beliau masih terkawal," katanya.Dalam pada itu belia memaklumkan tempoh rawatan yang diperlukan bergantung kepada perkembangan kesihatan Jaslinda dari semasa ke semasa."Kita tidak dapat menentukan tempoh perawatan secara tepat kerana ia bergantung kepada tahap pemulihan beliau setiap hari."Pasukan perubatan akan terus memantau keadaannya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaSementara itu beliau memaklumkan, pihak hospital mengehadkan pelawat kepada ahli keluarga dan waris terdekat bagi menghormati privasi Jaslinda serta membantu proses penyembuhannya.Katanya, Jaslinda kini ditemani kakaknya sepanjang berada di hospital."Pada masa ini hanya keluarga atau waris dibenarkan masuk."Langkah ini diambil bagi memberi ruang kepada beliau untuk berehat dan menjalani proses pemulihan dengan lebih baik," katanya.Beliau berkata setakat ini Jaslinda tidak memerlukan sesi kaunseling khusus kerana keadaan emosinya berada pada tahap yang baik.
Go to News Site