Collector
Hubungan Pas-Bersatu ditentukan pada malam Isnin - Abdul Hadi | Collector
Hubungan Pas-Bersatu ditentukan pada malam Isnin - Abdul Hadi
Sinar Harian

Hubungan Pas-Bersatu ditentukan pada malam Isnin - Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pas dijangka menentukan hala tuju hubungan politiknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu mesyuarat Ahli Jawatankuasannya yang akan berlangsung pada malam Isnin.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan perkara itu secara ringkas kepada pemberita ketika diminta mengulas bila pimpinan parti akan bermesyuarat bagi menentukan Bersatu dan Pas yang hangat diperkatakan ketika ini."Besok. Insya-ALLAH hari Isnin. Kita mesyuarat malam," katanya.Sebelum ini, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang merasmikan buku perang Iran-Israel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Hubungan antara kedua-dua rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) itu semakin tegang selepas Abdul Hadi menyatakan Pas akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu.Ia susulan beberapa tindakan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa tidak selari semangat setia kawan termasuklah tindakan Bersatu menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.Selain itu, Abdul Hadi turut membangkitkan beberapa isu seperti pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya Bersatu yang dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Dalam perkembangan sama, ketika diminta mengulas tentang cadangan supaya Muafakat Nasional (MN) 2.0 dihidupkan semula, Abdul Hadi berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan.

Go to News Site