Collector
Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP - Anthony Loke | Collector
Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP - Anthony Loke
Sinar Harian

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP - Anthony Loke

KUALA LUMPUR - Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bersara daripada politik tidak menjejaskan sokongan pengundi Melayu terhadap DAP menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, DAP yang telah wujud selama enam dekad tidak bergantung kepada mana-mana individu dan mempunyai keupayaan untuk mengharungi pelbagai cabaran politik."Kami telah melalui pelbagai cabaran dan tiada seorang individu pun yang lebih besar daripada parti dan kami adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia."Pemimpin datang dan pergi begitu dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, namun parti tetap kekal."Jadi saya tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa seorang individu mampu menjejaskan keseluruhan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP Wilayah Persekutuan di sini pada Ahad.Menurut beliau, setiap parti politik berdepan cabaran dari semasa ke semasa, namun perkara itu tidak akan menghalang DAP daripada terus memperkukuhkan kedudukannya.Sebelum ini, media melaporkan bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu, mengingatkan keputusan Marina boleh menjejaskan usaha parti itu.Pada 31 Mei lalu, Marina mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur daripada arena politik. selepas satu penggal menjadi wakil rakyat.Dalam perkembangan lain, Anthony mengesahkan DAP akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Johor.Menurut beliau, kesemua kawasan itu merangkumi 10 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu dan empat kerusi yang tewas sebelum ini."Selain itu, kami sedang mempertimbangkan tiga lagi kerusi tambahan. Secara keseluruhannya, kami menjangkakan akan bertanding di 17 kerusi."Terdapat satu lagi kerusi yang hampir dimuktamadkan, namun ia masih tertakluk kepada rundingan akhir antara Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara yang dijangka selesai dalam tempoh satu atau dua hari lagi."Jadi, saya belum boleh mengumumkan kerusi tersebut, tetapi saya boleh katakan dengan yakin bahawa DAP akan bertanding di 17 kerusi pada PRN Johor akan datang," katanya lagi.Bagi Negeri Sembilan pula, Anthony berkata, parti itu juga akan mempertahankan kesemua 11 kerusi DUN miliknya di negeri itu.

Go to News Site