Sinar Harian
HULU SELANGOR - Seorang lelaki dipercayai lemas ketika memancing di sebuah tasik di belakang Klinik Kesihatan Serendah di sini pada Ahad.Ketua Zon Rawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Mustakim Rimon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat."Sebaik tiba di lokasi, komander operasi dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai lemas ketika memancing di tasik berkenaan."Mangsa kemudiannya berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia."Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan empat anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada jam 2.16 petang.
Go to News Site