Collector
27 pelajar tahfiz, warga emas keracunan makanan | Collector
27 pelajar tahfiz, warga emas keracunan makanan
Sinar Harian

27 pelajar tahfiz, warga emas keracunan makanan

SUNGAI BULOH - Seramai 27 pelajar tahfiz dan pelajar pondok warga emas di Kundang, Rawang dipercayai mengalami keracunan makanan selepas mengambil makanan yang diperoleh daripada sumber luar pada Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang melibatkan sebuah pusat tahfiz di Kundang.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami gejala seperti muntah-muntah dan cirit-birit selepas menjamah makanan berkenaan pada 4 Jun lalu."Kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran serta Hospital Sungai Buloh."Setakat ini, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Mohd Hafiz berkata, siasatan di lokasi kejadian telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak yang turut mengambil keterangan serta sampel makanan untuk dianalisis di makmal bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, siasatan kes dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut membuka kertas siasatan mengikut Akta Makanan 1983 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Hafiz Seleman di talian 016-4507492 atau mana-mana balai polis berhampiran.Dalam pada itu, Mohd Hafiz menasihatkan peniaga serta individu yang terlibat dalam penyediaan dan pengendalian makanan supaya sentiasa mematuhi aspek kebersihan, keselamatan serta garis panduan kesihatan yang ditetapkan."Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa," katanya.

Go to News Site