Sinar Harian
IPOH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dirawat di Hospital Tapah sejak Sabtu masih memerlukan pemantau dan pemeriksaan lanjut.Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, ketika ini pesakit dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.Menurutnya, usaha yang dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini bagi memastikan proses pemulihan Jaslinda pada tahap terbaik."Walaupun keadaan pesakit stabil, beliau masih memerlukan pemantauan dan beberapa pemeriksaan lanjut bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda"Tempoh rawatan dan kemasukan ke hospital akan ditentukan berdasarkan perkembangan keadaan kesihatan beliau dari semasa ke semasa," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Ahad.Dalam pada itu, Dr Feisul Idzwan enggan berkongsi perincian masalah kesihatan serta rawatan yang diberikan kepada Jaslinda bagi menghormati privasi pesakit dan keluarganya.Pada Sabtu, media melaporkan Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh.Penemuan mangsa dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa sebelum dibawa ke Hospital Tapah bagi menjalani rawatan lanjut.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaBagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.
Go to News Site