Collector
Jaslinda temui nota pasukan penyelamat SAR di kawasan pencarian- Bomba | Collector
Jaslinda temui nota pasukan penyelamat SAR di kawasan pencarian- Bomba
Sinar Harian

Jaslinda temui nota pasukan penyelamat SAR di kawasan pencarian- Bomba

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mendedahkan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat semalam menemui nota yang ditinggalkan anggota mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pencarian.Nota tertulis 'Kak Jas please stay satu tempat, orang ramai mencari akak' diserahkan kepada anggota JBPM sebelum dibawa ke Hospital Tapah.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, nota berkenaan dibawa keluar oleh Jaslinda dan ditunjukkan kepada pihak JBPM selepas dia ditemukan.Menurutnya, nota tersebut ditinggalkan oleh Malim Gunung Perhutanan (MGP) ketika menjalankan operasi pencarian di kawasan Kem Air Busuk."Nota itu ditinggalkan MGP Hafiz semasa membuat pencarian di kawasan berkenaan dengan fokus operasi dari Pos Musoh ke Kem Air Busuk pada 30 Mei lalu."Bagaimanapun, Jaslinda hanya tiba di kawasan berkenaan pada 5 Jun dan membawa bersama nota-nota tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Penemuan nota tersebut mengesahkan bahawa Jaslinda berada di sekita kawasan pencarian yang telah difokuskan oleh pasukan SAR sepanjang operasi dijalankan.Penemuan nota berkenaan menjadi antara petunjuk bahawa mangsa berada di laluan yang pernah dilalui pasukan SAR sepanjang operasi mencari dan menyelamat dijalankan.Pada Sabtu, media melaporkan Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh.Penemuan mangsa dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaSebelum ini, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.

Go to News Site