Collector
Buku kumpulan sajak ‘Dendam Budak’ karya Pengerusi RISDA dilancar | Collector
Buku kumpulan sajak ‘Dendam Budak’ karya Pengerusi RISDA dilancar
Sinar Harian

Buku kumpulan sajak ‘Dendam Budak’ karya Pengerusi RISDA dilancar

KUALA LUMPUR - Buku kumpulan sajak ‘Dendam Budak’ hasil karya Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib dilancarkan pada Jumaat sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung sehingga Ahad ini.Pelancaran buku menghimpunkan 155 sajak hasil karya Manndzri itu dilancarkan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan.Karya Manndzri atau nama penanya Maskah Fian itu merupakan kompilasi teks penulisan dan susunan bahasa spontan beliau yang pernah dicatatkan dalam akaun media sosial miliknya.Menurut Ahli Parlimen Tenggara itu, karyanya tersebut merupakan catatan berdasarkan situasi lazim yang istimewa sama ada saat sedih, gembira atau keadaan yang dirasakan perlu dirakam dalam bentuk frasa tersusun seperti sajak."Judul ‘Dendam Budak’ menjadi inspirasi saat saya memandang vforce, satu alat yang diletakkan di antara karburetor dan blok motor RXZ saya."Puisi berjudul ‘Dendam Budak’ ini berkisar tentang impian untuk memiliki motor yang menjadi idaman yang tersemat sejak zaman persekolahan."Namun, kemampuan belum mengizinkan. Akhirnya pada usia 44 tahun baharulah Tuhan perkenankan impian itu menjadi realiti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu.Jelas Manndzri, secara keseluruhan 155 sajak berkenaan adalah tercetus melalui penulisan yang pernah dimuat naik di laman sosial miliknya kemudian dipilih dalam penilaian peribadi beliau untuk diterbitkan dalam bentuk buku.Ujarnya, buku yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diharap mampu memberi inspirasi dan panduan kepada pihak lain."Terima kasih DBP kerana memberi ruang kepada saya yang pada asalnya menulis secara jalanan tapi kalau dibaca dengan mata hati ia sarat dengan motivasi dan inspirasi," katanya.Sementara itu, Mohd Anuar ketika berucap melancarkan naskhah itu memuji kesungguhan yang ditunjukkan Manndzri.Beliau dalam masa sama menghargai sumbangan karya kreatif sedemikian khususnya dalam kalangan pemimpin politik."DBP alu-alukan penerbitan buku ini kerana puisi dan karya sastera adalah naskah yang cepat menyentuh emosi dan perasaan pembaca."Malah, melalui karya sebegini ia secara automatik mereka akan fahami pelbagai denyut nadi masyarakat," katanya.Ujarnya, sesebuah buku tidak hanya lahir daripada susunan untuk menzahirkan sesuatu yang dirasai dan tidak mudah diungkapkan, tetapi boleh dilakukan melalui karya sajak atau puisi."Saya harap buku ini akan tersebar kerana ia bukan lahir daripada susuan kata semata-mata tetapi pengalaman beliau sendiri. Kita harap lebih ramai ahli politik menyumbang karya kreatif sebegini," katanya.Beliau dalam masa sama berharap sumbangan hasil Manndzri tidak terhenti dengan karya sulung itu tetapi lebih banyak lagi selepas ini.

Go to News Site