Collector
Nahas di Linkedua: Pasangan suami isteri maut motosikal langgar lori rosak | Collector
Nahas di Linkedua: Pasangan suami isteri maut motosikal langgar lori rosak
Sinar Harian

Nahas di Linkedua: Pasangan suami isteri maut motosikal langgar lori rosak

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua arah utara, Jumaat lepas.Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya @ Yahaya berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori yang mengalami kerosakan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri warga tempatan berusia 54 dan 53 tahun itu telah melanggar bahagian belakang sisi kanan lori berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan."Ketika kejadian, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang dari Singapura ke rumah mereka di Taman Melawati, Skudai."Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki kiri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan. Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.Katanya, mangsa lelaki bekerja sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing di Singapura manakala isterinya merupakan pembantu kedai makan di negara itu.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. - Bernama

Go to News Site