Collector
'Bila nampak polis, kami kena kejar' | Collector
'Bila nampak polis, kami kena kejar'
Sinar Harian

'Bila nampak polis, kami kena kejar'

SHAH ALAM – "Assalamualaikum PDRM. Saya ada anak autisme. Dia minat sangat polis. Bila nampak polis dia nak salam cium tangan."Tapi bila kami nampak polis, kami kena kejar. Lepas itu anak saya nangis sebab tak dapat lambai atau tengok kereta polis."Boleh tak kami datang ke Balai Shah Alam kejap? Nak bagi anak saya tengok kereta polis, ambil gambar, dan salam cium tangan dengan abang polis."Itu keratan tular mengenai minat mendalam seorang kanak-kanak autisme terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meraih perhatian ramai.Kanak-kanak berkenaan, Muhammad Firdaus Al Fattah Muhammad Faris Izzuddin, 8, dikatakan sangat mengagumi anggota keselamatan sehingga teruja setiap kali melihat mereka bertugas.Ibunya, Fatin Nabila Mohammad Amin, 30, berkata, anaknya yang merupakan penghidap autisme tahap tiga sering berusaha mendekati anggota PDRM untuk bersalaman sebagai tanda hormat."Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi menerima anak saya dan menumpangkan kasih kepadanya kerana cita-citanya adalah untuk menjadi polis, walaupun hasrat itu mungkin tidak akan tercapai."Saya sendiri tidak mampu menghantarnya menjalani terapi. Mungkin dengan cara ini dapat membantu memberi kegembiraan dan menjadi terapi buat dirinya. Saya ingin meminta izin sekiranya anak saya dibenarkan bertemu anggota polis," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok.Sebelum itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memohon kebenaran untuk membawa Muhammad Firdaus ke balai polis di Shah Alam bagi membolehkannya melihat kenderaan peronda, bergambar dan berinteraksi dengan anggota bertugas.Berkongsi lebih lanjut kepada Sinar Harian, Fatin Nabila berkata, luahan berkenaan mendapat perhatian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang kemudiannya menyantuni mereka dikediamannya di sini.Ujarnya, kunjungan itu menceriakan anaknya itu apabila dia berpeluang menaiki kenderaan polis selain beramah mesra dengan anggota yang hadir.Tindakan prihatin pasukan beruniform tersebut turut menerima pujian warga maya yang menyifatkannya sebagai usaha murni dalam menyantuni kanak-kanak berkeperluan khas.Dalam pada itu, Fatin Nabila turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada anaknya, termasuk individu yang menghadiahkan pakaian seragam polis."Terima kasih kepada semua yang menerima dan menyayangi anak syurga saya seadanya. Minatnya terhadap pasukan ini memberi kegembiraan serta semangat positif dalam kehidupannya."Terima kasih juga kepada PDRM kerana memahami dunia kecil anak saya, menyantuninya dengan penuh kasih sayang dan menghadiahkan pengalaman yang amat bermakna," katanya.

Go to News Site