Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Jenazah lima sekeluarga termasuk bayi dua bulan yang maut dalam nahas di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada Isnin.Kesemua mereka dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB kira-kira jam 7 pagi untuk dikebumikan di Masjid Al Abidi, Simpang Tiga Pasir, Merbok.Jenazah Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, dan isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, serta bayi mereka, Ahmad Mikail Ahmad Shukri, 2 bulan, ibu Ahmad Shafiq, Nora Mohd Husin, 55, dan adiknya, Ahmad Fahim, 21, dibawa menaiki empat buah van dari HSB ke Merbok.Empat van jenazah yang membawa kesemua mangsa kemalangan itu diiringi kenderaan polis melalui Lebuhraya Utara Selatan.Jenazah dijangka dikebumikan sekitar jam 11 pagi Isnin.Terdahulu, jenazah anak saudara Ahmad Shafiq, Iskandar Affan Ibrahim, 7, yang turut terkorban telah dibawa pulang ke pangkuan keluarga di Penaga, Pulau Pinang.Proses pengebumian dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga sekitar jam 2 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah
Go to News Site