Collector
Empat lelaki, seorang wanita direman 14 hari berhubung kes culik | Collector
Empat lelaki, seorang wanita direman 14 hari berhubung kes culik
Sinar Harian

Empat lelaki, seorang wanita direman 14 hari berhubung kes culik

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Empat lelaki dan seorang wanita direman selama 14 hari dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang lelaki di Tumpat di sini pada Jumaat lalu.Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 30-an itu direman bermula pada Isnin sehingga 21 Jun.Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.Penahanan reman itu bagi membolehkan kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.Terdahulu suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Pasir Mas jam 8.50 pagi dengan diiringi anggota polis.Difahamkan, suspek menculik seorang lelaki berusia 51 tahun di Tumpat dipercayai menggunakan senjata api pada Jumaat lalu sebelum kesemua mereka ditahan pada Ahad malam.Kejadian itu menyebabkan banyak sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak polis terutamanya di sekitar Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu untuk memburu suspek.

Go to News Site