Sinar Harian
GEORGE TOWN – Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka akan membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) namun perkara itu masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, antara bentuk bantuan yang akan diberikan adalah melibatkan petugas parti termasuk aktiviti berkempen dan sesi ceramah."Biasanya ada (bantuan) namun belum dimuktamadkan lagi."Ia melibatkan petugas-petugas untuk berkempen, berceramah mungkin," katanya ketika ditemui selepas mengadakan program turun padang di kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih di sini pada Isnin.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk A Rajendran.Mengulas sama ada beliau akan turut turun padang membantu kempen, Kon Yeow berkata, perkara itu bergantung kepada aturan yang dibuat."Bila diaturkan, saya akan turun padang," ujarnya lagi.Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan secara rasmi pada 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bagi memberi laluan kepada PRN Johor ke-16.Menteri besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran dibuat atas alasan memberi mandat baharu kepada rakyat selain memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.Sementara itu, DUN Negeri Sembilan pula dibubarkan berkuat kuasa 5 Jun lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memberi laluan kepada PRN Negeri Sembilan ke-16.Pembubaran itu menjadikan Negeri Sembilan negeri kedua membubarkan DUN selepas Johor.
Go to News Site