Collector
Cadang perluas kejohanan ping pong antara maktab haji - Abdul Azeez | Collector
Cadang perluas kejohanan ping pong antara maktab haji - Abdul Azeez
Sinar Harian

Cadang perluas kejohanan ping pong antara maktab haji - Abdul Azeez

MAKKAH - Penganjuran kejohanan sukan ringan seperti ping pong dicadangkan diperluaskan ke semua maktab penginapan jemaah haji Malaysia pada masa depan.Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, penganjuran aktiviti seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat dari sudut rekreasi, malah boleh menjadi platform mengeratkan hubungan sesama jemaah haji di Tanah Suci.Menurut beliau, usaha penganjuran kejohanan itu merupakan aktiviti sihat bagi mengisi masa lapang jemaah di luar waktu ibadah."Saya bersetuju menghulurkan sumbangan sebagai hadiah kepada pemenang kejohanan yang julung kali dianjurkan atas inisiatif oleh jemaah yang telah selesai mengerjakan ibadah haji minggu lalu."Selain itu, kemudahan seperti meja ping pong boleh disediakan di setiap maktab bagi membolehkan jemaah beriadah selepas menunaikan ibadah," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kejohanan Ping Pong Beregu Piala Haji Abraj Mantan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim 2026 di Maktab 66, Hotel Abraj Al-Janadyriah di sini.Sementara itu, Pengarah Kejohanan, Kamaruzzaman Kedah berkata, idea penganjuran pertandingan itu tercetus secara spontan hasil inisiatif jemaah Maktab 66 yang aktif bermain ping pong setiap hari."Pada awalnya kami hanya bermain secara santai tetapi apabila melihat sambutan dan kemahiran dalam kalangan jemaah, kami sepakat menganjurkan kejohanan ini secara rasmi," jelasnya.

Go to News Site