Collector
PH Sabah perjelas isu logo GRS, tiada keputusan dibuat setakat ini | Collector
PH Sabah perjelas isu logo GRS, tiada keputusan dibuat setakat ini
Sinar Harian

PH Sabah perjelas isu logo GRS, tiada keputusan dibuat setakat ini

KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) Sabah menegaskan belum membuat sebarang keputusan berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.Ketua Penerangan PH Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata, laporan sebuah akhbar tempatan yang disiarkan pada Ahad telah menimbulkan kekeliruan apabila memberi gambaran seolah-olah gabungan itu sudah memutuskan untuk bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS)."Hakikatnya, sehingga hari ini, tiada sebarang perbincangan dan keputusan muktamad dibuat oleh PH Sabah berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama pilihan raya yang akan dilaksanakan."Sebarang keputusan hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi apabila tiba masanya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Foong Hin berkata, PH Sabah sentiasa mengutamakan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat negeri itu dalam membuat sebarang pertimbangan berkaitan kerjasama politik serta strategi pilihan raya.Katanya, segala keputusan akan dibuat berdasarkan prinsip berkenaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan untuk rakyat Sabah.Bagaimanapun, beliau berkata, PH Sabah tidak menolak sebarang kemungkinan yang boleh dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang terlibat demi kepentingan rakyat dan kestabilan negeri."Kami berharap semua pihak, termasuk media, dapat melaporkan perkara ini secara tepat dan tidak membuat tafsiran yang mendahului proses perbincangan yang masih berlangsung," katanya.

Go to News Site