Sinar Harian
SHAH ALAM – UMNO-Barisan Nasional (BN) didakwa bersikap hipokrit apabila sebelum ini kononnya lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP tetapi boleh sepentas dengan parti itu.Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, situasi tersebut menunjukkan ketidakkonsistenan dalam pendirian politik pihak berkenaan."Kononnya lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP, tapi boleh sahaja sepentas dengan DAP."Ini namanya hipokrit pro max. Jangan risau tentang label UMDAP, memang sah kerajaan kini UMDAP mantap," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera BN Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity dilapor menolak untuk bekerjasama dengan DAP.Beliau sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya keadaan itu berlaku selepas PRN Johor.Tambahnya, realiti politik di Johor berbeza di peringkat Persekutuan apabila kerjasama BN khususnya UMNO dan DAP tidak pernah terjalin selama ini.Mengulas lanjut, Kah Leong turut menasihati UMNO-BN supaya belajar daripada pemimpin tertinggi parti itu yang rela duduk semeja dengan DAP."Belajarlah daripada presiden dan timbalan presiden parti kamu yang rela sangat duduk semeja dengan DAP," katanya.
Go to News Site