Collector
31 Julai pendengaran permohonan pihak ketiga mahu cabar lucut hak barangan kemas isteri bekas PTD | Collector
31 Julai pendengaran permohonan pihak ketiga mahu cabar lucut hak barangan kemas isteri bekas PTD
Sinar Harian

31 Julai pendengaran permohonan pihak ketiga mahu cabar lucut hak barangan kemas isteri bekas PTD

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mengeluarkan warta pihak ketiga terhadap mana-mana individu yang berhasrat untuk mencabar permohonan pelucuthakan ke atas barangan kemas yang disita daripada isteri bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin.Hakim Azura Alwi menetapkan 31 Julai ini bagi pendengaran permohonan itu daripada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan ke atas barangan kemas berkenaan.Sekiranya tiada pihak ketiga tampil ke mahkamah, harta berkenaan akan dilucuthak kepada kerajaan.Mahkamah mengeluarkan warta pihak ketiga itu mengikut Seksyen 41(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat agar notis kepada pihak ketiga dikeluarkan berikutan peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi yang mewakili Salwani, 27, mengesahkan pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.Berdasarkan notis yang difailkan pada 4 Mei lepas, pendakwa raya memohon supaya seutas rantai leher seberat 29.17 gram, seutas rantai tangan seberat 9.53 gram, sepasang subang seberat 6.61 gram dan cincin Swarovski dilucut hak kepada kerajaan.Menurut notis itu, harta-harta alih berkenaan disita di bawah Subseksyen 41(1) Akta SPRM 2009 dan kini berada dalam simpanan SPRM.Pada 22 Januari lepas, Salwani didakwa atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) dan dibaca bersama-sama Subseksyen 87(1)(a) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Salwani turut dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 26 Januari atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,000, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank di Jertih dekat Besut, pada 16 Jan 2025.Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - Bernama

Go to News Site