Sinar Harian
TAPAH – Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, kini bersemangat untuk segera pulih dan keluar dari hospital bagi menghadiri majlis konvokesyen anaknya.Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Jaslinda kepadanya ketika melawat wanita itu di Hospital Tapah.Menurutnya, Jaslinda berada dalam keadaan sihat, ceria dan menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif selepas ditemukan selamat pada Sabtu lalu."Daripada perbualan kami tadi, semangat beliau memang sangat tinggi. Recovery beliau juga semakin cepat."Beliau beritahu mahu cepat keluar hospital kerana ingin menghadiri konvokesyen anaknya dan kembali bekerja," katanya kepada pemberita selepas lawatan tersebut pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaHadir sama dalam lawatan berkenaan, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan.Mohd Azlan berkata, walaupun Jaslinda masih mengalami sedikit kecederaan pada kaki, beliau yakin wanita itu mampu meneruskan kehidupan seperti biasa dalam masa terdekat."Kami lihat keadaan beliau baik, sihat, ceria dan bersemangat."Saya yakin dalam beberapa hari lagi mungkin beliau boleh keluar hospital dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.Beliau berkata, setakat ini Jaslinda tidak mengemukakan sebarang permintaan khusus kepada kerajaan negeri.Sebaliknya, wanita itu menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencarinya sepanjang tempoh kehilangannya."Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan bomba, polis, pejabat daerah, komuniti Orang Asli dan media yang membantu menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai."Kita juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan beliau sehingga akhirnya ditemui dalam keadaan selamat," katanya.Pada Sabtu, media melaporkan Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh.Penemuan mangsa dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa sebelum dibawa ke Hospital Tapah bagi menjalani rawatan lanjut.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.
Go to News Site