Sinar Harian
TAPAH – Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa tiada sebarang unsur mistik atau gangguan luar biasa yang dialaminya sepanjang tempoh berada dalam hutan.Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Jaslinda ketika beliau bersama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan melawat wanita berkenaan di Hospital Tapah pada Isnin.Menurutnya, Jaslinda berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat selain menunjukkan perkembangan pemulihan yang memberangsangkan."Beliau berkongsi bahawa sepanjang berada di dalam hutan tidak ada gangguan mistik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak."Beliau hanya bergantung kepada sumber air untuk terus hidup dan tidur dalam keadaan baik tanpa sebarang gangguan," katanya selepas lawatan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaMohd Azlan berkata, Jaslinda turut memaklumkan bahawa beliau membawa wisel sepanjang berada di dalam hutan dan kerap meniupnya sebagai usaha mendapatkan perhatian pasukan mencari dan menyelamat (SAR).Katanya, wanita itu juga mendengar bunyi helikopter yang menjalankan operasi pencarian, namun tidak dapat melihatnya kerana keadaan hutan yang terlalu tebal."Beliau ada menemui nota yang ditinggalkan pasukan SAR, namun pada ketika itu beliau berada di laluan berbeza daripada lokasi pencarian pasukan terbabit," katanya.Dalam pada itu, Mohd Azlan menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Jaslinda meneruskan hidup dengan memakan cendawan yang dikutip ketika berada dalam hutan.Beliau berkata, Jaslinda mengakui ada mengutip cendawan untuk dibawa pulang namun tidak memakannya selepas dimaklumkan oleh Orang Asli bahawa cendawan tersebut beracun.Beliau turut menjelaskan bahawa botol air dan beberapa barangan makanan yang ditemui serta dikaitkan dengan Jaslinda menerusi beberapa hantaran media sosial bukan milik wanita berkenaan."Sebenarnya beliau tidak makan cendawan itu. Malah beliau mengakui tidak makan selama beberapa hari ketika berada dalam hutan."Beliau memaklumkan semua barang peribadinya masih berada bersama beliau sepanjang tempoh tersebut," katanya.Ditanya mengenai cadangan pemberian insentif kepada pasukan SAR termasuk komuniti Orang Asli yang membantu operasi pencarian, Mohd Azlan berkata perkara itu belum dibincangkan dan mungkin akan dibawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu ini.
Go to News Site