Sinar Harian
PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan pemimpin politik supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menutup ruang kerjasama pada masa hadapan.Beliau berkata, politik memerlukan keterbukaan terhadap sebarang kemungkinan dan pemimpin tidak seharusnya bertindak menutup pintu rundingan atau hubungan dengan mana-mana pihak."Dalam politik ini kita perlu mengizinkan apa juga kemungkinan berlaku. Kita mesti mengizinkan apa pun. Jangan tutup ruang dan jangan bakar jambatan."(Melibatkan) kawan dan musuh, jangan terlalu sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Rundingan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat dan Bertangguingjawab Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di sini pada Isnin.Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya parti gabungan itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Pengerusi BN Johor itu berkata, jaminan tersebut dibuat selaras dengan pendirian seluruh 26 bahagian UMNO Johor dan parti-parti komponen BN di negeri itu yang mahu bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan, pemimpin politik perlu bersikap fleksibel kerana masa depan sentiasa dipenuhi ketidaktentuan."Jadi jangan terlalu ekstrem dan tidak fleksibel, jangan terlalu jumud."Ke depan nanti kita tidak tahu apa ketentuan ALLAH," ujarnya.Sementara itu Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil pula hanya memberikan respons ringkas mengenai perkara tersebut."Pandangan saya macam inilah, terlajak kata buruk padahnya," tegasnya.
Go to News Site