Collector
Kerajaan sasar tubuh Suruhanjaya Data suku keempat tahun ini | Collector
Kerajaan sasar tubuh Suruhanjaya Data suku keempat tahun ini
Sinar Harian

Kerajaan sasar tubuh Suruhanjaya Data suku keempat tahun ini

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan penubuhan Suruhanjaya Data menjelang suku keempat tahun ini bagi memperkukuh tadbir urus sektor pusat data yang semakin berkembang seiring pertumbuhan ekonomi digital negara.Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ketika ini kerajaan sedang meneliti keperluan perundangan dan statutori yang diperlukan sebelum suruhanjaya berkenaan dapat diwujudkan secara rasmi.Menurutnya, fungsi yang bakal dimainkan Suruhanjaya Data kini sedang dilaksanakan menerusi Pasukan Petugas Khas Pusat Data yang dipengerusikan bersama Kementerian Digital dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)."Kami duduk bersama dan meneliti cabaran yang wujud serta bagaimana kami boleh menyediakan garis panduan yang sesuai untuk menanganinya."Ia melibatkan isu bekalan elektrik, bekalan air, proses kelulusan dan juga teknologi generasi baharu yang perlu diberi perhatian."Persoalannya sekarang ialah bagaimana untuk memformalkannya dan menghimpunkannya di bawah satu entiti dalam bentuk Suruhanjaya Data," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian platform pusat data, Digital Realty di Malaysia, di sini pada Isnin.Dalam perkembangan sama, Gobind berkata, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) yang sebelum ini melalui fasa inkubasi kini bersedia untuk diinstitusikan secara rasmi pada 28 Julai ini.Beliau berkata, institusi tersebut akan menerajui pembangunan dasar, tadbir urus dan ekosistem kecerdasan buatan (AI) negara sebagai sebahagian daripada usaha merealisasikan agenda AI Nation 2030."Institusi itu akan bertanggungjawab terhadap dasar-dasar berkaitan AI. Ia juga akan melihat aspek tadbir urus AI."Selain itu, ia akan menumpukan kepada pembangunan ekosistem AI termasuk melahirkan rakyat Malaysia yang mampu membangunkan AI mereka sendiri."Kami mahu Malaysia menjadi negara yang membangunkan AI dan bukan sekadar pengguna AI," katanya.

Go to News Site