Collector
Lebih 3,000 botol minyak esensial tiruan berisiko cetus alahan, gangguan pernafasan dirampas | Collector
Lebih 3,000 botol minyak esensial tiruan berisiko cetus alahan, gangguan pernafasan dirampas
Sinar Harian

Lebih 3,000 botol minyak esensial tiruan berisiko cetus alahan, gangguan pernafasan dirampas

KUALA LUMPUR – Lebih 3,000 botol minyak esensial tiruan menggunakan jenama sebuah syarikat dirampas dalam serbuan di dua kediaman di Semenyih, Kajang pada Mac lalu.Pengurus Besar dōTERRA Malaysia, Ethan Wang berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama syarikat berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)."Serbuan itu susulan aduan pelanggan berhubung aktiviti pengedaran produk tiruan melalui platform e-dagang," katanya dalam sidang akhbar di pejabat syarikat berkenaanEthan berkata, sebanyak 3,054 botol minyak esensial tiruan berjaya dirampas dalam operasi berkenaan."Siasatan lanjut turut mengenal pasti 12 jenis produk syarikat yang sering dipalsukan dan diedarkan di pasaran," katanya.Beliau berkata, analisis saintifik yang dijalankan oleh sebuah makmal, Aromatic Plant Research Center (APRC) mendapati produk tiruan berkenaan mengandungi bahan sintetik serta komponen yang tidak dapat dikenal pasti."Bagi minyak esensial lemon tiruan, hampir 48 peratus kandungannya terdiri daripada 2-Ethylhexyl palmitate, iaitu ester sintetik yang lazim digunakan dalam produk kosmetik."Selain itu, lebih 28 peratus kandungan lain gagal dikenal pasti melalui ujian makmal. Bagi minyak esensial Lemongrass tiruan pula, lebih 53 peratus kandungannya direkodkan sebagai bahan tidak dikenali," katanya.Tambah beliau, keputusan ujian turut menunjukkan kandungan sebatian aktif semula jadi dalam produk tiruan jauh lebih rendah berbanding produk tulen, sekali gus menjejaskan kualiti dan keberkesanannya."Penggunaan minyak esensial tiruan boleh menyebabkan alahan kulit serta berisiko mengakibatkan kerengsaan saluran pernafasan, terutama apabila digunakan secara sapuan pada kulit atau melalui penyebaran aroma di dalam rumah," katanya.Menurut Ethan, pihaknya mendapati produk tiruan berkenaan dijual menerusi platform e-dagang dan pasaran digital pihak ketiga dengan menggunakan imej, pembungkusan serta label yang menyerupai produk asli bagi mengelirukan pengguna."Harga jualan yang jauh lebih rendah berbanding produk tulen iaitu sekitar RM60 hingga RM300 sebotol bergantung kepada jenis produk, menjadi antara tarikan utama yang digunakan sindiket untuk mendapatkan pelanggan."Keselamatan pengguna tetap menjadi keutamaan, kita komited melindungi orang ramai daripada produk tiruan yang boleh menjejaskan piawaian kualiti dan keselamatan," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna dinasihatkan supaya mendapatkan produk hanya melalui saluran rasmi syarikat bagi memastikan ketulenan dan kualiti produk yang dibeli.

Go to News Site