Sinar Harian
KUANTAN - Sebanyak 102 notis saman trafik atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Luaran yang dijalankan semalam di sekitar bandar Kuantan.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, notis tersebut dikeluarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 140 buah motosikal ketika operasi yang bermula 4 petang sehingga 11 malam pada Ahad"Hasil pemeriksaan mendapati, pelbagai kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pengguna jalan raya yang berumur lingkungan 16 tahun hingga 30 tahun."Antara kesalahan utama yang dikesan adalah menunggang tanpa lesen memandu yang sah, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan gagal memasang cermin sisi."Kesalahan lain dikesan termasuk ubah suai ekzos dan struktur motosikal tanpa kebenaran, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insuran serta gagal memastikan sistem brek dalam keadaan baik dan selamat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Operasi dijalankan secara bersepadu oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan menerusi kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.Azahari memberitahu, sebanyak 24 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk tindakan lanjut."Dalam operasi sama juga, pihak JPJ Pahang mengeluarkan 220 saman dan menyita sebuah motosikal atas pelbagai kesalahan yang dikesan," katanya.Ashari berkata, pihaknya memandang serius trend pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi asal dan penggunaan kenderaan yang tidak memenuhi aspek keselamatan awam.Jelasnya, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang jalan raya."Saya ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas demi keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain."Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan kerjasama semua pihak," katanya
Go to News Site