Collector
Dua beradik maut terjatuh dari pangsapuri | Collector
Dua beradik maut terjatuh dari pangsapuri
Sinar Harian

Dua beradik maut terjatuh dari pangsapuri

JOHOR BAHRU – Dua beradik maut selepas dipercayai terjatuh sebuah pangsapuri di kawasan Tampoi di sini, pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing perempuan berusia 10 tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun dipercayai terjatuh dan ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tingkat tujuh bangunan berkenaan.Menurut sumber, kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya meninggal dunia di hospital ketika mendapatkan rawatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan kejadian.Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.Berkongsi mengenai kejadian menyayat hati itu menerusi Instagram, seorang wanita yang menjadi antara saksi kejadian berkata, dia masih teringat bunyi dentuman kuat yang didengarinya."Ya ALLAH Allahuakhbar sedihnya sampai sekarang saya masih teringat-ingat bunyi kuat tu "bammm""Pagi tadi jam 7.57 ada seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang budak perempuan berusia 8 tahun jatuh dari tingkat 12, jatuh ke tingkat 7 berdekatan kolam di apartment blok rumah saya,"Budak perempuan meninggal semasa sampai hospital. Budak lelaki masih di ICU."Saya, suami, anak kami berusia 6 bulan ada berdekatan kolam tu semasa kejadian," tulisnya.

Go to News Site