Collector
Guru didakwa amang seksual enam pelajar sekolah dalam kelas, stor | Collector
Guru didakwa amang seksual enam pelajar sekolah dalam kelas, stor
Sinar Harian

Guru didakwa amang seksual enam pelajar sekolah dalam kelas, stor

KLANG – Seorang guru muzik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar perempuan 15 tahun sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam, antara 2025 dan Februari lalu.Idi Johan Mohd Zohdi, 45, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar."Saya tidak melakukan kesalahan itu dan mohon dibicarakan," katanya yang memakai baju kemeja berwarna hitam dengan ditemani isteri, kakak dan adiknya.Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada seorang anak perempuan itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas enam pelajar perempuan tersebut bagi maksud seksual.Perbuatan didakwa dilakukan di kelas sekolah, stor alat muzik, sebuah rumah dan dalam kereta di sekitar Sabak Bernam, antara Januari 2025 hingga Februari lalu.Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang membawa hukuman mengikut Seksyen 14 (b), penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Seksyen 16 (1) itu memperuntukkan hukuman tambahan, penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Suhaili Abu Bakar mencadangkan tertuduh tidak diberikan jaminan kerana pertuduhan berkenaan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mahu memberikan jaminan, beliau memohon kadar itu ditetapkan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan."Termasuk syarat tambahan tidak mengganggu semua mangsa dan melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan," katanya.Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili lelaki itu merayu, anak guamnya diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 bagi semua pertuduhan."Dia merupakan anak ketiga daripada lima beradik, telah berkhidmat sebagai seorang pendidik sejak 2002 dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Dia juga tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau disiplin oleh pihak sekolah," katanya yang hadir bersama peguam, Mohd Hafizuddin Khan Norkhan, Ainul Aizat Ahmad Ishak dan Intan Syakieraa Zakaria.Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebagai mana dicadangkan pembelaan.Sharifah Hascindie turut memerintahkan tertuduh memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah selain menetapkan sebutan semula kes pada 30 Julai depan.

Go to News Site