Sinar Harian
PENAMPANG - Seorang lelaki melecur hampir seluruh badan selepas tong gas petroleum cecair (LPG) terbakar dalam kejadian di sebuah rumah pangsapuri di Taman Penampang, pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun dilaporkan sedang memasang dapur gas untuk memasak sebelum api tiba-tiba menjulang dan menyambar tubuhnya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.15 pagi.Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari BBP Penampang."Kejadian melibatkan kebakaran tong gas LPG di ruang dapur. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memasang dapur gas untuk memasak sebelum api terus menyambar ke arahnya."Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur sehingga 80 peratus pada anggota badan. Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 11.35 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian.
Go to News Site