Collector
Gempa bumi: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina - Anwar | Collector
Gempa bumi: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina - Anwar
Sinar Harian

Gempa bumi: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina - Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah selatan negara itu, hari ini.Beliau yang amat prihatin terhadap bencana yang menimpa rakyat negara itu mendoakan keselamatan serta kesejahteraan semua mangsa yang terjejas."Ingatan dan doa kami bersama rakyat Filipina. Malaysia bersedia untuk menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan," kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.Perdana Menteri juga berkata kesan gegaran turut dirasai di negara ini terutamanya di beberapa bahagian di Sabah.Beliau turut memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan sedang memantau rapat keadaan tersebut manakala perkhidmatan kecemasan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya."Malaysia dan Filipina adalah rakan akrab dan rakan anggota ASEAN. Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada semua yang terkesan, mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari-hari sukar yang akan datang," kata beliau.Satu gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Mindanao pada 7.37 pagi hari ini pada kedalaman 50 kilometer. Pusat gempa terletak di latitud 5.7 darjah utara dan longitud 125.1 darjah timur.Susulan gempa bumi itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami, dengan ombak setinggi sehingga 0.4 meter dijangka melanda kawasan pesisir pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara 10.30 pagi dan tengah hari ini.- Bernama

Go to News Site