Collector
Lelaki disyaki proses, jual air ketum di garaj rumah sewa dicekup polis | Collector
Lelaki disyaki proses, jual air ketum di garaj rumah sewa dicekup polis
Sinar Harian

Lelaki disyaki proses, jual air ketum di garaj rumah sewa dicekup polis

KUANTAN – Tindakan seorang lelaki menjadikan garaj sebuah rumah sewa di Tanah Putih di sini sebagai tempat memproses dan menjual air ketum mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan pada Jumaat lalu.Suspek berusia 38 tahun yang tidak bekerja itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian sebelum dikesan pihak berkuasa.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hasil maklumat dan risikan."Dalam operasi tersebut, kita merampas 500 kilogram (kg) daun ketum dan 500 liter air ketum yang dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini"Turut dirampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dan membungkus bahan berkenaan termasuk tong simpanan, periuk memasak, dapur gas, penimbang elektronik serta bungkusan plastik berisi air ketum siap diproses."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM27,500," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati suspek aktif memproses bekalan itu di garaj berkenaan sebelum menjualnya kepada pelanggan di sekitar daerah ini."Suspek kini direman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan polis sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran serta individu lain yang terlibat.

Go to News Site