Collector
'Bukan sombong, perkauman tapi tanggungjawab kepada Bangsa Johor' - Onn Hafiz | Collector
'Bukan sombong, perkauman tapi tanggungjawab kepada Bangsa Johor' - Onn Hafiz
Sinar Harian

'Bukan sombong, perkauman tapi tanggungjawab kepada Bangsa Johor' - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan DAP tidak pernah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri pimpinan BN di Johor.Menurut Menteri Besar itu, pendirian berkenaan hanya dapat dikekalkan sekiranya rakyat Johor terus memberikan sokongan dan mandat kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang."Ini bukan soal sombong. Ini juga bukan soal perkauman. Ini soal prinsip, mandat dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor."Sebagai Pengerusi BN Johor yang menjaga kebajikan dan berkhidmat untuk setiap kaum di Johor, saya wajib menghormati hasrat akar umbi di setiap peringkat yang mahu BN bergerak sendiri dalam PRN Johor 2026," katanya dalam kenyataan.Pada Ahad Onn Hafiz ketika berucap dalam pelancaran jentera BN Johor di Iskandar Puteri menegaskan, beliau enggan memegang jawatan Menteri Besar Johor sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP jika menang dalam PRN akan datang.Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Machap menjelaskan kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh disamakan dengan situasi politik di Johor.Menurutnya, kerjasama tersebut diwujudkan susulan titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu selepas tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan."Keadaan itu tidak sama dengan Johor. Di Johor, BN telah diberi mandat yang jelas oleh rakyat dan berjaya membentuk kerajaan negeri yang stabil."Kita telah membuktikan prestasi dan mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kerja ini tanpa diganggu oleh percaturan politik yang boleh menggugat kestabilan negeri," katanya.Onn Hafiz turut menegaskan bahawa Johor mempunyai acuan politik tersendiri yang perlu dipertahankan demi kesinambungan kestabilan dan pembangunan negeri."Di Johor, kita ada cara kita. Ini UMNO Johor. Ini BN Johor. Ini Bangsa Johor," katanya.

Go to News Site