Sinar Harian
IPOH - Polis telah selesai merakam keterangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat pada Sabtu lepas, setelah 14 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, dekat Tapah.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, rakaman percakapan itu dibuat di Hospital Tapah semalam bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya sebelum ini."Kami juga telah merekodkan keterangan penduduk Orang Asli yang menemui mangsa dalam kejadian itu," katanya kepada Bernama hari ini.Abdul Malik bagaimanapun berkata buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada ahli keluarga selepas penemuan mangsa di Kampung Lubuk Gaharu, Tapah.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — JaslindaJaslinda kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Tapah akibat kecederaan pada buku lali kiri serta beberapa kecederaan lain.Sabtu lepas, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh kira-kira jam 5 petang oleh beberapa penduduk Orang Asli.Wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan.- Bernama
Go to News Site