Collector
Nahas enam maut: Jenazah lima sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad | Collector
Nahas enam maut: Jenazah lima sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad
Sinar Harian

Nahas enam maut: Jenazah lima sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad

SUNGAI PETANI - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dengan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini, selamat dikebumikan sekitar jam 10 pagi.Kesemua jenazah iaitu Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, isterinya Jamaliah Sannusi, 29, bayi mereka Ahmad Mikail Ahmad Shukri, dua bulan, ibu kepada Ahmad Shafiq, Nora Mohd Husin, 55, serta adiknya Ahmad Fahim Ahmad Sukri, 21, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al Abidi, Merbok.Mereka dikebumikan berhampiran pusara arwah bapa Ahmad Shafiq, Ahmad Shukri Osman yang juga suami kepada Nora yang meninggal dunia pada Februari 2024.Majlis pengebumian turut dihadiri lebih 300 ahli keluarga, saudara mara serta anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, termasuk Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan.Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak-anak Allahyarham Nora gagal menahan sebak ketika menyiram air di pusara ibu mereka.Dalam kejadian itu, seorang lagi anak Ahmad Shafiq, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat kecederaan parah.Seorang lagi kanak-kanak, Iskandar Arfan Ibrahim, 7, yang turut terkorban dibawa pulang ke Penaga, Pulau Pinang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang sekitar jam 2 pagi.Terdahulu, jenazah lima sekeluarga itu tiba dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ke Masjid Al Abidi, Merbok sekitar jam 9 pagi sebelum disembahyangkan dan dikebumikan.Dalam kejadian jam 3.45 petang Ahad, kesemua mangsa menaiki kereta baharu milik Ahmad Fahim dalam perjalanan menuju ke Merbok untuk menziarahi pusara Ahmad Shukri sebelum terlibat kemalangan.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis Kedah

Go to News Site