Collector
[VIDEO] Nahas X50: 'Iskandar gembira, teruja naik kereta baharu' | Collector
[VIDEO] Nahas X50: 'Iskandar gembira, teruja naik kereta baharu'
Sinar Harian

[VIDEO] Nahas X50: 'Iskandar gembira, teruja naik kereta baharu'

ALOR SETAR – Keterujaan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk menaiki kereta baharu milik bapa saudaranya bertukar menjadi detik terakhir sebelum dia maut bersama lima ahli keluarganya dalam kemalangan tragis di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Ahad.Menurut ibu saudaranya, Norzamilah Ghazali, 50-an, Iskandar Affan Ibrahim begitu gembira apabila melihat nenek dan bapa saudaranya tiba dengan sebuah Proton X50 yang baru dibeli pada hari kejadian.Katanya, ketika itu Iskandar sedang menikmati makanan di rumah bapanya di Taman Bertam, Pulau Pinang sebelum bergegas keluar sebaik melihat mereka tiba."Adik nampak sangat seronok sebab nak ikut nenek dan bapa saudaranya naik kereta Proton X50 yang baru dibeli."Masa itu arwah sedang makan. Sebaik sahaja nampak mereka sampai, dia terus basuh tangan dan meluru keluar. Semua yang berada dalam kereta itu menunggunya di luar rumah," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada malam Ahad.Dalam kemalangan tersebut, Proton X50 dinaiki mereka terbabit dalam nahas dengan sebuah lori muatan tanah.Selain Iskandar, turut terkorban ialah neneknya, Nora Mhd Husin, 55; pemandu kenderaan, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29; isterinya, Jamaliah Sannusi, 29; adik Ahmad Shafiq, Ahmad Fahim, 21; serta bayi pasangan itu, Ahmad Mikail Ahmad Shafiq yang berusia dua bulan.Seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, terselamat namun mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiAnggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, loriHentikan spekulasi nahas ragut enam nyawa sekeluarga - Ketua Polis KedahNorzamilah berkata, keluarganya dari Bukit Mertajam tiba di rumah adiknya, Ibrahim Ghazali, kira-kira jam 2.30 petang sempena sambutan hari lahir lelaki itu.Menurutnya, kira-kira sejam kemudian mereka menerima panggilan memaklumkan kemalangan yang menimpa ahli keluarga tersebut."Pada mulanya saya mendapatkan maklumat Nora yang meninggal dunia. Namun saya dapati enam orang terkorban dan hanya seorang terselamat, saya benar-benar terkejut," katanya.Katanya, Ahmad Fahim yang baru menamatkan pengajian dan bekerja di sebuah pasar raya di Pulau Pinang membeli kereta tersebut pada hari sama sebelum kejadian berlaku."Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Merbok untuk menziarahi kubur arwah bapa Ahmad Shafiq dan Ahmad Fahim."Namun kami tidak sangka perjalanan itu berakhir dengan tragedi dan mereka pergi buat selama-lamanya," katanya sebak.Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah turut menziarahi jenazah keenam-enam mangsa di Jabatan Forensik HSB bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah itu.

Go to News Site