Collector
Majlis Presiden PH muktamad agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan dalam masa terdekat | Collector
Majlis Presiden PH muktamad agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan dalam masa terdekat
Sinar Harian

Majlis Presiden PH muktamad agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan dalam masa terdekat

PUTRAJAYA - Pengagihan kerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara umum sudah dimuktamadkan di peringkat sekretariat gabungan itu dengan senarai rasmi dijangka disahkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dalam masa terdekat.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengagihan kerusi itu telah dipersetujui menerusi mesyuarat Sekretariat PH yang dipengerusikannya, namun berdasarkan amalan dan formaliti keputusan tersebut perlu dibentangkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan."Jadi proses selanjutnya adalah untuk memberikan pengesahan (keputusan pengagihan kerusi). Ia akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)."Saya akan bentangkan di situ (mesyuarat) baru ia berstatus muktamad. (Keputusannya itu dijangka) dalam masa terdekat," katanya yang juga Naib Presiden PKR kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.Sebelum ini, PH mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada PRN akan datang.Khamis lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, yang juga Pengerusi PH negeri, mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN.- Bernama

Go to News Site