Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju parti.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa.Menurut beliau, mesyuarat turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah mengenai kerjasama politik parti itu atas prinsip penyatuan ummah."Susulan keputusan menghentikan kerjasama dengan Bersatu, Pas kini akan meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya yang baharu demi penyatuan ummah."Langkah ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.Dalam pada itu, Abdul Hadi menyatakan bahawa Pas bersikap terbuka untuk menerima hasrat daripada pelbagai tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, serta aktivis masyarakat yang mahu menyertai parti berkenaan.
Go to News Site