Sinar Harian
SHAH ALAM – Sebuah video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di jirat Cina tular di media sosial pada Isnin.Dalam rakaman itu, lelaki terbabit dilihat dalam keadaan bogel membelakangi kamera, manakala seorang wanita pula kelihatan separuh berpakaian sambil duduk di atas batu nisan.Rakaman berkenaan turut memaparkan seorang wanita yang menegur pasangan terbabit dengan nada tegas, sambil mendakwa kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di lokasi tersebut."Jangan buat begitu. Sudah, saya tangkap kamu nanti. Berapa kali sudah saya cakap, jangan datang sini buat kotor lagi. Okey, saya sudah telefon. Mari sini, saya sudah telefon polis."Tunggu, tunggu dulu. Ini tempat orang sembahyang. Ini tempat orang mati dikebumikan. Jangan buat benda macam itu di sini," tegas wanita terbabit.Rakaman seterusnya menunjukkan lelaki itu dengan tenang memakai seluarnya, manakala wanita yang merakam video terus memarahi mereka.Wanita terbabit menegaskan bahawa jirat Cina adalah tempat untuk orang ramai memberi penghormatan kepada si mati dan bukan lokasi untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.Lelaki terbabit kemudian dilihat memohon maaf, namun wanita itu enggan menerima permohonan maafnya dan memberi amaran bahawa rakaman video akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan pasangan terbabit, selain menekankan kepentingan menghormati kawasan jirat Cina sebagai tempat suci dan menghormati waris yang datang untuk memberi penghormatan kepada orang yang telah meninggal dunia.Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan pihak polis di Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku di negeri itu.
Go to News Site