Op Selamat 26: Kesalahan tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh paling tinggi
Sinar Harian

Op Selamat 26: Kesalahan tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh paling tinggi

KUALA LUMPUR - Op Selamat 26 sempena Aidilfitri yang dilaksanakan di ibu negara pada Isnin mengesan kesalahan paling tinggi iaitu tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula jam 11.30 malam.Menurutnya, dalam operasi itu, sebanyak 300 kenderaan diperiksa."Hasil pemeriksaan itu JSPT mengeluarkan 116 saman trafik atas pelbagai kesalahan manakala JPJ pula sebanyak 154 notis."Saman yang dikeluarkan paling tinggi ialah tiada lesen memandu dan LKM tamat tempoh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Operasi itu dilaksanakan menerusi sekatan jalan raya bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.Difahamkan, semasa pemeriksaan dilaksanakan, terdapat segelintir penunggang motosikal dalam perjalanan hendak menyambut Aidilfitri.

Go to News Site