Polis cekup lelaki menyamar pegawai imigresen samun warga asing
Sinar Harian

Polis cekup lelaki menyamar pegawai imigresen samun warga asing

KUALA LUMPUR - Kegiatan lelaki menyamar pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan menyamun warga asing tumpas selepas dicekup polis pada Isnin.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.Menurutnya, polis merampas pakaian, sebuah motosikal dan topi keledar selain beg p-hailing yang dipercayai digunakan dalam jenayah tersebut."Modus operandi suspek ialah memperkenalkan diri sebagai pegawai JIM kepada lelaki warga asing dengan meminta menyerahkan pasport sebelum melarikan dompet dan wang tunai milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan dua kes samun yang dilaporkan.Katanya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Jenayah, boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Go to News Site