Messi atasi rekod Pele
Sinar Harian

Messi atasi rekod Pele

LIONEL Messi sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol sepakan percuma ke-71 dalam kariernya, sekali gus mengatasi rekod sepakan percuma yang dilakukan legenda Brazil, Pele.Jaringan tersebut hadir ketika membantu Inter Miami menewaskan New York City FC 3-2 dalam aksi Major League Soccer (MLS).Dalam perlawanan yang berlangsung di Yankee Stadium, Miami terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Gonzalo Lujan.Namun, tuan rumah bangkit apabila Nicolas Fernandez dan Agustin Ojeda meletakkan New York City FC di hadapan.Ketika pasukan pelawat ketinggalan 1-2, Messi tampil menyelamatkan keadaan dengan sepakan percuma dari jarak jauh yang terkena sedikit biasan sebelum menewaskan penjaga gol Amerika Syarikat, Matt Freese, sekali gus menyamakan kedudukan 2-2.Gol tersebut bukan sahaja penting buat pasukan, malah menyaksikan Messi kini mengatasi rekod Pele yang sebelum ini merekodkan 70 gol sepakan percuma sepanjang kariernya.Kebangkitan Miami diteruskan apabila pertahanan, Micael muncul wira dengan jaringan kemenangan pada minit ke-74 untuk memastikan tiga mata penuh buat pasukan.Kemenangan itu menyaksikan Inter Miami memulakan musim 2026 MLS dengan cukup meyakinkan apabila mengumpul 10 mata daripada lima perlawanan, sekali gus berada di tangga ketiga persidangan Timur di belakang Nashville SC dan New York City FC.Terdahulu, Messi yang juga pemenang Ballon d'Or lapan kali baru sahaja meraikan jaringan ke-900 dalam karier profesionalnya, dan kini dilihat semakin hampir untuk mencapai satu lagi pencapaian luar biasa.Ketika ini, hanya bekas pakar sepakan percuma dunia, Juninho Pernambucano yang masih mendahului senarai dengan 77 gol sepakan percuma.

Go to News Site