Sinar Harian
MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan siasatan terhadap kes tular dakwaan mempromosi aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika sambutan Aidilfitri dipercayai berlaku negeri berkenaan.Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung isu berkenaan selepas tular hantaran di Threads dipercayai berlaku di Kampung Batu Gajah, Merlimau."Saya baru dimaklumkan mengenai perkara ini dan masih menunggu maklumat lanjut sebelum sebarang tindakan diambil."Siasatan menyeluruh akan diambil termasuk dari sudut perundangan bagi menentukan tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terlibat," katanya.Beliau menjelaskan, pihaknya akan melihat dari sudut undang-undang yang boleh dikenakan terhadap promosi (LGBT) seperti ini namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan selagi siasatan belum selesai.Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki berpewatakan wanita memuat gambarnya dengan seorang lelaki berpakaian sedondon merah di akaun Threads dengan hantaran ‘Jodoh lebaran dah tiba. Alhamdulillah’.Hantaran itu menilbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial yang mengganggap itu seperti mempromosi aktiviti LGBT secara terbuka.
Go to News Site