Sinar Harian
SEGAMAT - Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dirakam menunggang secara berbahaya sambil membakar mercun dalam satu video tular di WhatsApp.Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Nantha berkata, kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 185, Jalan Johor Bahru–Seremban, melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, kira-kira jam 10.30 malam, pada Ahad lalu."Polis memandang serius kejadian ini dan sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut."Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Balai Polis Trafik IPD Segamat di talian 07-9325811," katanya dalam kenyataan.Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta membahayakan keselamatan awam.Rakaman video tular menunjukkan penunggang berkenaan menunggang lsambil membakar mercun dengan percikan api jelas kelihatan di bahagian tangan sebelum dilempar ke jalan.Aksi berbahaya itu turut mengundang kecaman orang ramai kerana boleh mencetuskan kemalangan.
Go to News Site