Kereta bertembung, warga emas maut
Sinar Harian

Kereta bertembung, warga emas maut

PEKAN - Seorang warga emas maut manakala lima cedera dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 85, Jalan Kuantan-Segamat, petang Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Mahmad Azmi Othman, 69, yang merupakan pemandu kereta jenis Nissan Almera disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati Proton Waja dipandu lelaki berusia 36 tahun bersama tiga ahli keluarga dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.Menurutnya, mangsa pula memandu kereta jenis Nissan Almera juga bersama tiga ahli keluarga dari arah Kuantan menghala ke Segamat."Apabila tiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan yang sedang bergerak lurus dipercayai bertembung secara berhadapan"Akibat kemalangan tersebut kesemua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Zaidi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.Jelasnya, maklumat tersebut boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Pekan di talian 09-4221222 atau mana-mana balai polis berhampiran.Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu secara berhati-hati, berhemah serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Go to News Site